PUTRAJAYA: Program Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) akan dijenamakan semula sebagai PeKa Sihat bagi meningkatkan keberkesanannya dalam menangani penyakit tidak berjangkit (NCD).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata Jemaah Menteri hari ini bersetuju dengan cadangan pindaan kepada program berkenaan, mengambil kira keberkesanannya dalam menangani masalah kesihatan rakyat.

"Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pindaan kepada program PeKa B40 di bawah KKM, mengambil kira ia sangat berkesan untuk mengatasi masalah penyakit tidak berjangkit atau NCD.

"Program ini akan dijenamakan semula sebagai PeKa Sihat dan maklumat penuh akan diumum oleh pihak KKM kelak," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.