KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) diperuntukkan lapan daripada 28 kerusi yang akan ditandingi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rundingan akhir mengenai pembahagian kerusi itu masih belum dimuktamadkan dan akan diselesaikan dalam mesyuarat bersama PH.Menurutnya, kerusi DUN Bukit Katil yang disandang Amanah pula akan dipertahankan pada pilihan raya berkenaan."Amanah diperuntukkan lapan kerusi. Cuma belum dimuktamadkan lagi di kerusi mana-mana."Kecuali Bukit Katil itu sudah tentu kami mahu pertahankan," katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Amanah negeri Kelantan 2026 di sini pada Jumaat.DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa pada 23 September lalu dan mempunyai 28 kerusi dengan mandat kerajaan negeri ketika ini.Penamaan calon PRN itu dijadualkan pada 31 Oktober.Mohamad berkata, pengumuman calon PH bagi PRN Melaka itu pula dijadualkan pada Sabtu ini oleh Pengerusi PH negeri.Dalam pada itu, beliau mengulas peluang PH di Kelantan, Mohamad turut berharap kemenangan di kerusi Kota Lama dapat menjadi pemangkin kepada gabungan itu untuk meraih lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang."Jentera parti perlu terus bergerak dengan penuh semangat bagi mencapai kejayaan lebih besar pada PRU16," katanya.
PRN Melaka: Amanah diperuntukkan lapan kerusi

Key takeaways
Amanah diperuntukkan lapan kerusi dalam PRN Melaka, dengan Bukit Katil dipertahankan.
- Amanah akan menandingi lapan kerusi daripada 28 kerusi PRN Melaka.
- Pembahagian kerusi masih dalam rundingan dan belum dimuktamadkan.
- Pengumuman calon PH untuk PRN Melaka akan diumumkan pada Sabtu ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: Amanah diperuntukkan lapan kerusi (this story)









