KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan sekiranya diadakan semula susulan kemelut politik yang melanda negeri itu.Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jika kemelut berlarutan tanpa penyelesaian dalam tempoh tertentu kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar."Dah masuk dua bulan setengah tapi kita tak boleh campur urusan Negeri Sembilan."Kalau PRN lagi, PH boleh menang tapi kami harap mereka dapat mencari jalan penyelesaian," katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Amanah negeri Kelantan 2026 di sini pada Jumaat.Mohamad berkata, tindakan cuba mengambil alih pemerintahan di tengah penggal boleh mencetuskan ketidakstabilan politik seperti yang berlaku selepas Langkah Sheraton."Ambil alih pemerintahan sebegini boleh membawa ketidakstabilan politik."Akhirnya rakyat yang akan menerima kesan," katanya.Mengulas sama ada pilihan raya semula merupakan penyelesaian terbaik, Mohamad berkata, perkara itu tertakluk kepada Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
Amanah yakin PH mampu menang jika PRN Negeri Sembilan diadakan semula

Key takeaways
Amanah percaya PH boleh menang dalam PRN Negeri Sembilan jika diadakan semula kerana kemelut politik yang berlarutan.
- Amanah yakin PH mampu menang jika PRN Negeri Sembilan diadakan semula.
- Mohamad Sabu menyatakan kemelut politik boleh mencetuskan ketidakstabilan.
- Pilihan raya semula bergantung kepada Perlembagaan dan undang-undang negeri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Maresca yakin City menang rayuan
- Free Malaysia Today Amanah tolak ramalan kalah Bukit Katil, yakin tambah kerusi
- Utusan Malaysia China yakin boleh ‘menang mudah’ jika lawan Filipina
- Sinar Harian Amanah yakin PH mampu menang jika PRN Negeri Sembilan diadakan semula (this story)
- Utusan Malaysia PH mampu menang di Negeri Sembilan jika PRN semula-Amanah









