MANILA: Duta China ke Manila mendakwa Beijing mampu 'menang mudah' jika berlaku konflik dengan Filipina, namun menegaskan negaranya tidak akan memilih jalan kekerasan.
Manila menyifatkan kenyataan itu sebagai 'ancaman tersirat yang nyata' bukan sahaja terhadap Filipina, sebaliknya keseluruhan perairan Laut China Selatan .
Beijing menuntut sebahagian besar Laut China Selatan walaupun keputusan antarabangsa menetapkan tuntutan itu tidak mempunyai asas undang-undang.
kapal Filipina dan China pula berulang kali berdepan ketegangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kes perlanggaran dan kecederaan.








