Kuala Lumpur: Pakatan Harapan (PH) akan mengetengahkan calon daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan muda, berpengalaman dan mempunyai kerjaya.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata senarai calon yang sudah dikenalpasti sejak dua tahun lalu itu akan diputuskan bersama Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama parti komponennya.

"Ada calon muda, ada calon berusia, berpengalaman dalam politik, bekerjaya dan semestinya berusia 18 tahun ke atas," katanya kepada media pada majlis Inovasi Semikonduktor Generasi Baharu Malaysia: Enam Cip Buatan Tempatan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, beliau yakin calon PH yang bertanding mempunyai peluang untuk menang dalam pilihan raya berkenaan, namun keputusan akhir ditentukan pengundi.