KUALA NERUS: Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), menerima kunjungan delegasi Jiangsu Ocean University (JOU), China, bagi membincangkan peluang kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua institusi.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada program Academic Mobility ICAMB UMT_JOU 2026 yang diadakan baru-baru ini , membabitkan kerjasama akademik dan penyelidikan dalam bidang bioteknologi marin, inovasi sains serta kelestarian lautan.

Delegasi JOU yang terdiri daripada Prof. Dr. Panpan Wang, Prof. Dr. Lin Yang dan Prof. Dr. Yihua Chen telah mengadakan perbincangan bersama Profesor Najiah Musa, Dekan FSPA serta Pengurusan fakulti bagi meneroka potensi kolaborasi dalam bidang akademik, penyelidikan dan perkongsian kepakaran.