KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuh peranannya sebagai universiti berteraskan kelautan dan sumber akuatik menerusi kerjasama strategik melalui Majlis menandatangani memorandum persefahaman (Mou) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan maritim, penyelidikan, teknologi marin serta pembangunan modal insan.

Kerjasama tersebut menjadi platform penting dalam menghubungkan kepakaran akademik dan penyelidikan UMT dengan pengalaman serta keperluan operasi sebenar di lapangan, sekali gus menghasilkan penyelesaian yanglebih berimpak kepada negara.

Naib Canselor UMT, Profesor Dr. Suriyani Muhamad, berkata cabaran maritim yang semakin kompleks memerlukan sinergi antara ilmu, teknologi, inovasi dan pengalaman lapangan.