SABAK BERNAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan dua vesel nelayan tempatan kelas C yang disyaki melanggar syarat lesen ketika menjalankan aktiviti perikanan di perairan negeri ini.
Dalam operasi itu, seramai sembilan kru warga asing terdiri daripada warga Myanmar dan Indonesia diperiksa, manakala kira-kira 1,450 kilogram (kg) ikan turut dirampas.
Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, berkata tangkapan pertama dilakukan pada jam 5 petang Sabtu lalu di kedudukan 12.3 batu nautika barat daya Tanjung Sauh, Sungai Besar.
Beliau berkata, vesel berkenaan dikendalikan tekong bersama empat kru warga Myanmar berusia antara 44 hingga 56 tahun.









