PUTRAJAYA: Pembinaan Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor di Tanjung Kupang dijangka memperkukuh keupayaan penguatkuasaan dan penyelarasan operasi keselamatan maritim, khususnya di perairan Johor dan kawasan sekitarnya.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata kemudahan baharu itu dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan operasi serta menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.
Beliau berkata, pelaburan berterusan dalam aset dan infrastruktur penting bagi membolehkan Maritim Malaysia menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks, termasuk jenayah rentas sempadan, selain melindungi kepentingan ekonomi negara dan komuniti maritim.









