PUTRAJAYA – MAIWP Kids An-Nahdah Cawangan Putrajaya menjadi penanda aras utama kepada model pendidikan holistik tadika kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kini terus diperkukuh dengan pengoperasian lebih 77 buah Tadika Islam seluruh negara.

Dalam konteks ini, MAIWP Kids An-Nahdah yang terletak di Presint 15 di sini bakal menjadi institusi pendidikan awal kanak-kanak serba lengkap dan moden, sekali gus menandakan aspek pemerkasaan tahap kualiti serta imej baharu tadika itu.

Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, pembangunan pendidikan awal di MAIWP Putrajaya dilaksana secara berfasa dan terancang dengan penjenamaan semula institusi ini daripada MAIWP Kids Presint 15 kepada MAIWP Kids An-Nahdah.