Jerantut: Pusat Jagaan Darvish (Darvish Homecare Centre) bersama dua firma guaman bersedia menjalin kerjasama strategik bagi membantu golongan asnaf dan kurang berkemampuan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Pegawai Eksekutif Darvish Homecare merangkap Konsultan Guaman, Datuk Seri Johari George Abdullah berkata, untuk itu pihaknya melakukan kunjungan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut yang sekali gus untuk mengeratkan silaturahim serta menzahirkan penghargaan kepada warga PDRM Jerantut, khususnya Ketua Polis Daerah Superintenden Nor Azman Yusof.
Johari George berkata, pihaknya memerlukan maklumat dan kerjasama PDRM bagi mengenal pasti golongan yang benar-benar memerlukan bantuan memandangkan anggota polis sentiasa menjalankan rondaan di kawasan bandar dan luar bandar.








