KOTA BHARU: Persatuan Pesawah-Pesawah Kelantan (PESAK) yang dianggotai lebih 7,000 pesawah menyifatkan kenaikan insentif penilaian padi yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 semalam mampu meningkatkan pendapatan pesawah.
Pengerusinya, Zuha Ismail, berkata walaupun kenaikan itu tidak terlalu tinggi iaitu daripada RM50 kepada RM100, ia tetap memberi impak besar kepada pesawah.
Bagaimanapun beliau berharap pembayaran insentif berkenaan dipermudahkan, selain dipercepatkan.
"Alhamdulillah saban tahun setiap kali pembentangan Belanjawan, Perdana Menteri tidak pernah meminggirkan kumpulan pesawah.






