mhafis@mediaprima.com.my

RUMAH bukan lagi sekadar 'dinding' untuk berteduh, sebaliknya menjadi impian yang semakin sukar digapai apabila harganya terus bergerak pantas berbanding kemampuan pendapatan isi rumah.

Bagi keluarga berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), mereka tidak mengimpikan kediaman mewah dengan pelbagai kemudahan eksklusif, sebaliknya hanya mahu sebuah rumah yang selesa, selamat dan berada dekat dengan tempat kerja, sekolah, pengangkutan awam, kemudahan kesihatan serta keperluan harian.

Namun, persoalannya kini bukan lagi berapa banyak rumah yang perlu dibina, sebaliknya rumah untuk siapa, pada harga berapa dan di mana ia perlu dibina?

Bagi mereka yang baru pertama kali ingin membeli rumah lima persoalan mudah perlu dijawab sebelum menandatangani sebarang komitmen.