KOTA TINGGI: Kerajaan sedang mempertimbangkan peruntukan baharu bagi membuat perolehan peluru berpandu permukaan ke permukaan (SSM) dari negara lain susulan proses tuntutan ganti rugi daripada Kerajaan Norway yang mengambil masa panjang.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata peruntukan baharu itu perlu bagi mengelakkan aset kapal perang negara terbiar tanpa sistem peluru berpandu utama, memandangkan syarikat pembekal di Norway dilihat cuba melengah-lengah pertikaian berkenaan dengan berselindung di sebalik terma kontrak.
Kerajaan Norway enggan mengambil langkah mendahulukan bayaran balik yang sudah dibuat Malaysia, sekali gus memaksa kementerian melihat tiga negara alternatif sebagai pengganti dengan julat harga antara RM700 juta hingga melebihi RM1 bilion.










