LONDON – Masalah kecergasan pemain menjadi isu utama buat Arsenal yang bakal kembali menyambung aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leeds United, malam ini.

The Gunners pastinya menjadi pasukan yang paling terkesan dengan tempoh tiga minggu rehat antarabangsa apabila enam pemain mereka mungkin tidak cergas untuk kembali menjadi taruhan pengurus pasukan, Mikel Arteta.

Selepas Declan Rice yang terpaksa menarik diri daripada skuad England, kini Piero Hincapie juga mengalami masalah sama, begitu juga dengan Kai Havertz yang terpaksa meninggalkan skuad Jerman lebih awal ekoran isu hamstring dialaminya semasa menentang Belanda.

Bagaimanapun, Arteta tampil dengan cara sendiri dengan menjadikan kekalahan di final Liga Juara-Juara, musim lalu sebagai pembakar semangat kepada baki pemain yang masih lagi cergas.