PETALING JAYA – Sepasang suami isteri reda melupakan impian untuk memiliki zuriat sendiri selepas mereka diuji dengan penyakit strok dan kanser.
Pada mulanya, ujian itu dilalui oleh Zamelia Shafina Zainal, 37, apabila dia disahkan menghidap kanser endometrial tahap satu pada Jun 2024, disusuli pula suaminya, Ahmad Rifat Saleh, 37, diserang strok beberapa bulan selepas itu.
Berkongsi kisahnya, Zamelia Shafina yang menetap di Kuching, Sarawak berkata, dia menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) berkait gangguan hormon dan pada April 2024.
“Pada sambutan Aidilfitri, saya mengalami pendarahan, hari dan overflow (banyak sangat). Saya anggap ia haid biasa. Kemudian pada 20 Mei 2024, saya ke klinik sebelum dimaklumkan supaya bertemu pakar.








