MANCHESTER – Manchester United tidak mempunyai pilihan kecuali perlu meraih kemenangan pada aksi keenam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas hanya meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan lalu.
Lima mata yang diraih setakat ini meletakkan United di kedudukan ke-12 saingan sekali gus memberi tekanan hebat buat Michael Carrick untuk mendapatkan kemenangan terutamanya ketika aksi berlangsung di Old Trafford.
Isu kerapuhan benteng pertahanan perlu diberikan keutamaan ketika United sudah bolos lapan gol dengan Luke Shaw, Harry Maguire, Lisandro Martinez dan Diogo Dalot kurang menerima saingan sekali gus mudah menguasai tempat dalam kesebelasan utama.
Bagaimanapun, Carrick mampu berasa lega apabila Matthijs de Ligt sudah kembali daripada rehat yang panjang ekoran masalah kecederaan dan berpotensi menjadi penyelesaian kepada masalah pertahanan mereka.








