Ada sesuatu yang menarik apabila kita bercakap tentang jerebu dan isu pelarian khususnya melibatkan etnik Rohingya. Kedua-duanya hadir tanpa diundang, kedua-duanya merentasi sempadan dan kedua-duanya memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia.

Bezanya, jerebu datang dibawa angin, manakala manusia datang kerana pelbagai sebab yang lebih kompleks.

Namun apabila sudah berada di sini, kedua-duanya bukan mudah untuk dihalau begitu sahaja.

Jerebu tidak mengenal sempadan. Ia boleh bergerak dari satu negara ke negara lain tanpa meminta izin, tanpa pasport dan tanpa pengangkutan. Apabila tiba, rakyat terpaksa menanggung kesannya.