mahaizura@mediaprima.com.my

Lipas yang merayap di dapur atau tikus yang sesekali melintas mungkin dianggap gangguan biasa, namun kehadiran 'tetamu tidak diundang' dalam rumah itu sebenarnya boleh membawa bersama bakteria, virus dan kulat yang berisiko menjejaskan kesihatan penghuni.

Malah, haiwan lain termasuk kelawar serta burung yang menceroboh atau bersarang di kediaman juga berpotensi menjadi pembawa mikroorganisma penyebab penyakit walaupun kelihatan sihat.

Pakar Kesihatan Awam Veterinar dan Epidemiologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Latiffah Hassan berkata, secara asasnya haiwan berkenaan tidak sepatutnya berada dalam rumah kerana kediaman adalah ruang kehidupan manusia.

Katanya, lipas antara haiwan perosak paling kerap ditemui di rumah kerana Malaysia mempunyai iklim tropika yang sesuai untuk pembiakannya.