Dortmund: Niclas Fullkrug menghantui bekas kelabnya, Borussia Dortmund, apabila Werder Bremen bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat pendahulu Bundesliga itu 2-2, sekali gus menamatkan rekod kemenangan mereka pada musim ini.
Dortmund hampir meraih kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan liga buat kali pertama sejak tahun 2015, sebelum melepaskan kelebihan dua gol dalam tempoh dua minit terakhir perlawanan.
Keputusan seri itu menyaksikan Dortmund mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan dan membuka jurang tiga mata di puncak liga berbanding Bayern Munich di tangga kedua, yang masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
Keempat-empat gol dalam perlawanan itu hadir pada 10 minit terakhir. Daniel Svensson dan Nico Schlotterbeck meletakkan Dortmund di hadapan, namun Ludovit Reis dan Fullkrug memastikan Bremen pulang dengan satu mata.






