Belgrade: Serbia diarahkan bermain di laman sendiri tanpa kehadiran penonton pada perlawanan seterusnya, manakala Persatuan Bolasepak Serbia (FSS) didenda €50,000 (RM243,000) selepas penyokong menunjukkan tingkah laku bersifat perkauman dan diskriminasi dalam aksi Liga Negara-Negara menentang Greece dan Belanda, menurut Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Badan Kawalan, Etika dan Tatatertib UEFA (CEDB) turut mengenakan denda €22,500 (RM109,350) terhadap FSS kerana "menyampaikan mesej yang tidak sesuai untuk acara sukan", selain €2,000 (RM9,720) kerana menyalakan suar dan €15,000 (RM72,900) susulan pencerobohan padang dalam kedua-dua perlawanan berkenaan.
Serbia tewas 1-2 kepada Greece dan Belanda dalam kedua-dua perlawanan yang berlangsung bulan lalu.






