PETALING JAYA: Kesungguhan barisan pelakon Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang sanggup mengeluarkan wang sendiri ke Solo, Indonesia, demi mendalami budaya Jawa, membuktikan komitmen luar biasa mereka untuk menghidupkan semula pementasan agung itu.

Pengarah dan penerbitnya, Puan Sri Tiara Jacquelina, mengakui terharu dengan inisiatif berkenaan, apatah lagi usaha itu dilakukan atas kesedaran sendiri tanpa sebarang arahan daripada pihak produksi.

Malah, dedikasi tersebut mengukuhkan keyakinannya bahawa pemilihan barisan pelakon, termasuk anggota ensembel, bagi pementasan kali ini adalah tepat.

"Ini dedikasi yang kita tidak minta. Mereka pergi sendiri. Saya tidak mengatur perjalanan itu untuk mereka.