RIO DE JANEIRO: Seramai tiga anggota polis tentera maut selepas pesawat pihak berkuasa berkenaan terhempas di Minas Gerais, tenggara Brazil, semalam, menurut laporan media tempatan.

Nahas berlaku berhampiran Lapangan Terbang Wilayah Vale do Aço, berdekatan bandar Ipatinga.

Pesawat jenis Beechcraft B300 Super King Air berenjin berkembar itu berlepas dari Lapangan Terbang Pampulha di Belo Horizonte dan sedang menghampiri destinasi sebelum kemalangan berlaku.

Pasukan bomba dan perkhidmatan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian.