WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam berkata Russia bersetuju membekalkan diesel ke pasaran global bagi membantu menurunkan harga bahan api.
Sementara itu, pentadbiran Trump pula melonggarkan sementara sekatan AS terhadap bahan api Russia yang sebelum ini bertujuan menyekat sumber pendapatan Moscow bagi membiayai perang di Ukraine.
Harga diesel yang digunakan dalam sektor pertanian, pemanasan kediaman dan pengangkutan lori, kini menghampiri paras rekod tertinggi.
Keadaan itu sekali gus menimbulkan risiko politik kepada rakan Trump dalam Parti Republikan menjelang pilihan raya kongres pada 3 November depan yang akan menentukan sama ada mereka dapat mengekalkan majoriti tipis di Kongres.








