BELGRADE, Serbia: Serbia diarahkan bermain di laman sendiri tanpa kehadiran penonton pada perlawanan seterusnya, manakala Persatuan Bolasepak Serbia (FSS) didenda 50,000 euro (RM243,000) selepas penyokong menunjukkan tingkah laku bersifat perkauman dan diskriminasi dalam aksi Liga Negara-Negara menentang Greece dan Belanda, menurut Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Badan Kawalan, Etika dan Tatatertib UEFA (CEDB) turut mengenakan denda 22,500 euro (RM109,350) terhadap FSS kerana "menyampaikan mesej yang tidak sesuai untuk acara sukan", selain 2,000 euro (RM9,720) kerana menyalakan suar dan 15,000 euro (RM72,900) susulan pencerobohan padang dalam kedua-dua perlawanan berkenaan.
Serbia tewas 2-1 kepada Greece dan Belanda dalam kedua-dua perlawanan yang berlangsung bulan lalu.









