BERA – Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan susulan provokasi dan halangan yang dilakukan ke atas pihak penguat kuasa yang menjalankan tugas dalam operasi pencerobohan haram Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berumur 43 tahun bagi siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana disyaki menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas.

“Turut ditahan dua lelaki berumur 54 dan 57 tahun di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung kes ugutan jenayah terhadap pekerja sebuah syarikat di Kampung Kuala Serting.

“Seorang lagi lelaki berumur 46 tahun ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 323/427 Kanu