KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) diberikan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk mempertahankan Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, penetapanan tujuh lagi kerusi itu masih dalam perbincangan Majlis Presiden parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Katanya, keputusan akhir mengenai pembahagian kerusi akan ditentukan sebelum majlis pengumuman calon pada 24 Oktober ini.

“Jumlah itu Amanah peroleh daripada 28 kerusi keseluruhan yang ada di DUN Melaka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan di sini hari ini.