WASHINGTON: Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Katie Zacharia, mencetuskan perhatian selepas mendakwa China tidak mempunyai ‘tandas yang sempurna’ dalam temu bual disiarkan pada Khamis.

Zacharia, 41, yang baru dilantik kurang seminggu lalu, turut berdepan persoalan mengenai kelayakan undang-undangnya selepas gagal memberikan jawapan jelas mengenai lokasi beliau menduduki peperiksaan guaman yang diwajibkan untuk mengamalkan profesion itu di Amerika Syarikat (AS).

Dalam temu bual bersama pempengaruh berhaluan kanan, Jack Posobiec, Zacharia mengimbas kembali persepsi pada 2016 bahawa China bakal mengatasi AS sebagai kuasa utama dunia.

Beliau yang pernah menetap di China berkata, ketika itu rakyat Amerika diberitahu bahawa calon Presiden daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton, akan memenangi pilihan raya.