TIANJIN (CHINA): Malaysia bersedia menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang meluas di negara itu, susulan keputusan Presiden Prabowo Subianto meluluskan tawaran bantuan daripada negara jiran.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia menghargai keterbukaan kerajaan Indonesia menerima bantuan asing, dalam usaha menangani kebakaran berkenaan.
Beliau berkata walaupun bantuan ditawarkan Malaysia mungkin kecil, pentadbiran Putrajaya tetap bersedia membantu negara jiran itu atas semangat persahabatan dan hubungan baik antara kedua-dua negara.
"Kita berterima kasih kepada kerajaan Indonesia dan Prabowo, kerana terbuka menerima bantuan asing untuk menangani kebakaran hutan.








