PETALING JAYA: Malaysia mengetengahkan Dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2030 di peringkat antarabangsa dengan memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga mahir dalam bidang semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pembuatan termaju dan tenaga bersih.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dibangkitkan ketika beliau menyertai Forum Meja Bulat Peringkat Menteri sempena Persidangan Pembangunan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Sedunia 2026 di Tianjin, China.
Beliau berkata, Malaysia turut menyatakan pendirian berhubung Perjanjian Beijing iaitu kerangka piawaian pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional di peringkat globa









