Ketua Amanah Melaka Ashraf Mukhlis Minghat berkata keyakinan itu berdasarkan rekod perkhidmatan penyandang Adly Zahari.PETALING JAYA: Amanah yakin mampu mempertahankan Bukit Katil pada PRN Melaka bulan depan walaupun penganalisis politik Ong Kian Ming meramalkan DUN itu berpotensi dirampas Barisan Nasional (BN).

Ketua Amanah Melaka Ashraf Mukhlis Minghat berkata keyakinan itu berdasarkan rekod perkhidmatan penyandang, Adly Zahari, yang melaksanakan lebih 280 inisiatif sepanjang penggal lalu.

“Perkhidmatan terbaik telah diberikan. Terpulang kepada pengundi untuk menilai dan memilih.

"Persiapan jentera Amanah bagi mempertahankan Bukit Katil berada pada tahap terbaik, dengan gerak kerja mendekati pengundi telah dimulakan,” katanya kepada FMT.