Kerajaan tiga tahun lalu memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu kerana projek itu berpotensi memberikan impak negatif kepada kualiti alam sekitar. (Gambar tioman.org)KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempertimbangkan semula projek pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Tioman bagi mengatasi masalah akses pengangkutan lebih 3,600 penduduk serta merancakkan sektor pelancongan tempatan.

Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) berkata walaupun menghormati keputusan kerajaan membatalkan projek berkenaan sebelum ini atas faktor alam sekitar, pembatalan itu tidak menyelesaikan masalah pengangkutan di pulau berkenaan.

“Pemuliharaan Tioman ialah amanah kita bersama. Namun, pemuliharaan dan ketersambungan bukan dua perkara yang bertentangan.