Tangkap layar video menunjukkan wakil pembeli, Tan Song Kwan, memecahkan bahagian sebuah unit hartanah Tropicana KLCC yang didakwa mempunyai kecacatan.KUALA LUMPUR: Tropicana Corporation Bhd dan anak syarikatnya, Tropicana Residences Sdn Bhd, memenangi saman fitnah terhadap Tan Song Kwan berhubung beberapa video tular yang menunjukkan beliau merosakkan sebuah unit kondominium menggunakan tukul besi.
Pesuruhjaya Kehakiman Nixon Kennedy Kumbong hari ini memerintahkan Tan membayar RM300,000 sebagai jumlah keseluruhan ganti rugi am dan teruk, selain kos RM50,000 kepada kedua-dua syarikat itu.
Ganti rugi berkenaan turut dikenakan faedah 5% setahun bermula 11 Julai 2019, iaitu tarikh writ saman difailkan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F10%2F42bc41cc307e53591db4142087088d95.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)