KOTA BHARU: Meskipun masalah sekatan perpindahan pemain belum diselesaikan, Kelantan Red Warrior tidak rela terus menjadi 'punching bag' lawan sepanjang kempen Liga Super musim ini.
Ketua Jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, pihaknya akan berlawan mati-matian terutamanya menerima kunjungan Star City pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, malam esok.
Katanya, berbekalkan dua import dan pemain tempatan sedia ada, pasukan mahu menebus maruah dengan menang di gelanggang sendiri.
"Kami melupakan empat, lima perlawanan yang kami kalah, jadi cuba dapatkan mata pertama ataupun tiga mata di tempat sendiri.








