SHAH ALAM - Belanjawan Madani 2027 bukan hanya memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi, sebaliknya memastikan khazanah alam terus dipelihara demi kesejahteraan rakyat.Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, usaha pemuliharaan bukan sahaja memberikan manfaat kepada rakyat malah menjadikan mereka antara kekuatan utama dalam mempertahankan khazanah alam negara."Saya menyambut baik peningkatan dana Ecological Fiscal Transfer (EFT) kepada RM270 juta bagi memperkukuh pemuliharaan di peringkat negeri di samping merancakkan ekonomi dan eko pelancongan berasaskan komuniti."Peruntukan RM65 juta yang antaranya melibatkan kira-kira 2,500 renjer komuniti, termasuk Orang Asli, veteran tentera dan pesara polis, memperkukuh penglibatan masyarakat dalam melindungi biodiversiti negara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurutnya, keberkesanan usaha pemuliharaan juga dapat dilihat menerusi kejayaan di lapangan, termasuk pemulangan Harimau Malaya, Yong Choh ke habitat semula jadinya di Tasik Kenyir selepas menjalani pemulihan, selain pembinaan jambatan kanopi oleh Langur Project Penang membantu hidupan liar melintas jalan dengan selamat.Beliau berkata, kejayaan berkenaan membuktikan bahawa pemuliharaan bukan sekadar dasar dan peruntukan di atas kertas, sebaliknya usaha nyata untuk menyelamatkan hidupan liar, melindungi biodiversiti dan menggerakkan penyertaan masyarakat."Agenda kelestarian juga membuka ruang kepada sumber nilai ekonomi baharu dan pengurusan kewangan negara yang lebih berdaya tahan."Usaha memperkukuh kerangka perundangan melalui Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN), pembangunan pasaran karbon yang berintegriti dan pengurusan unsur nadir bumi (Rare Earth Elements, REE) secara mampan merupakan antara agenda strategik yang mampu membentuk masa depan ekonomi negara."Bagi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), pendekatan ini berteraskan prinsip Amanah, Mizan dan Maslahah. Amanah dalam mengurus khazanah negara, Mizan dalam mengimbangi pembangunan dengan kelestarian dan Maslahah dalam memastikan manfaatnya kembali kepada rakyat," katanya.Syed Ibrahim berkata, kekayaan sebenar sumber asli bukan hanya terletak pada apa yang dikeluarkan daripada bumi, tetapi juga pada nilai yang mampu dicipta tanpa mengorbankan masa depannya.Menurutnya, Belanjawan Madani 2027 menyediakan asas untuk memperkukuh usaha pemuliharaan, manakala agenda strategik NRES terus membina daya tahan ekonomi negara."Setinggi mana pun negara menggapai kejayaan, kekuatannya mesti terus mengakar pada khazanah alam yang kita pelihara bersama."Pembentangan Belanjawan Madani 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kemajuan ekonomi negara seiring dengan kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Belanjawan 2027 perkukuh pemuliharaan alam

Key takeaways
Belanjawan 2027 menekankan pemuliharaan alam untuk kesejahteraan rakyat dan ekonomi hijau.
- Dana Ecological Fiscal Transfer dinaikkan kepada RM270 juta untuk pemuliharaan di peringkat negeri.
- RM65 juta disediakan untuk melibatkan 2,500 renjer komuniti dalam melindungi biodiversiti.
- Usaha pemuliharaan berjaya seperti pemulangan Harimau Malaya ke habitat semula jadi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Belanjawan 2027 perkukuh keselamatan siber, perlindungan data
- Sinar Harian Belanjawan 2027 perkukuh pemuliharaan alam (this story)









%2Ffile%2F1175%2F233f93b84ba6b327158c003f6b89182f.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)