Lisbon: Kakak kepada Cristiano Ronaldo mendakwa karier bintang Portugal itu di peringkat antarabangsa mungkin sudah berakhir.

Perkara itu disuarakan selepas pemain berusia 41 tahun itu secara mengejut meninggalkan kem Portugal ketika saingan Liga Negara-Negara bulan lalu.

Elma Aveiro, 53, bercakap pada majlis pelancaran bukunya, hari ini, sambil mendedahkan mengenai 'rasa terluka' yang dialami adiknya.

Ronaldo meninggalkan kem pasukan selepas diketepikan daripada kesebelasan utama ketika Portugal menewaskan Norway 2-1, sebelum berlaku pertengkaran dengan pengurus, Jorge Jesus, berhubung cara perkara itu dikendalikan.