KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Bhd memperoleh lanjutan kontrak bernilai RM19.87 juta bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan menyeluruh untuk Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) di Jabatan Imigresen Malaysia.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata lanjutan kontrak berkenaan adalah untuk tempoh 24 bulan, bermula 18 Februari 2027 hingga 17 Februari 2029.

Perlanjutan kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2027 serta sepanjang tempoh lanjutan kontrak itu, katanya.