PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Khamis mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman 21 kontraktor terhadap Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tiga lagi berhubung dakwaan penahanan salah serta pendakwaan berniat jahat.Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Dr Choo Kah Sing, Datin Paduka Evrol Mariette Peters dan Datuk Nadzarin Wok Nordin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan tersebut atas alasan ia tidak mempunyai merit.Semasa menyampaikan keputusan mahkamah, Kah Sing berkata, aduan perayu bahawa mereka telah dipenjarakan secara paksa dari 16 November hingga 17 November 2014 dan tidak ditahan di tempat yang diwartakan bagi tujuan penahanan mengikut lunas undang-undang adalah tidak berasas."Berhubung isu pendakwaan berniat jahat, mahkamah ini mendapati hakikat bahawa perayu didapati tidak dipertanggungjawabkan pada akhir kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen tidak boleh disamakan dengan pendakwaan berniat jahat."Bukti lemah dalam pendakwaan yang tidak berkualiti bukanlah pendakwaan berniat jahat," katanya.Hakim itu juga berkata, para perayu telah didakwa berdasarkan laporan bebas yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).Beliau berkata, walaupun pihak pendakwaan mungkin tersalah memahami fakta atau tersilap menilai kekuatan bukti, perkara itu tidak bermakna tiada sebab yang munasabah untuk mendakwa kesemua perayu.Kah Sing juga berkata, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat dengan memutuskan bahawa tindakan undang-undang yang difailkan oleh para perayu berhubung dakwaan pemenjaraan salah telah luput tempoh masa.Para perayu yang terdiri daripada Razali Dollah, Zakaria Jusoh, Rahim Mohamad, Shariman Azam Shafie, Zamri Abdul Mana, Che Forzi Che Abd Aziz, Abdul Rahim Awang, Mohamad Nizam Wahit, Enche Baharuddin Enche Endut, Salim Berahim, Ahmad Atma Ali@Yusof, Abdullah Embong, Othman Omar, Mohd Ramadhan Baharudin, Mohd Amir Ismadi Md Ghani, Mohd Zaid Ahmad@Mat, Mohamad Sari Ngah, Abdul Rashid Muda, Yusof Omar, Fakru Prazi Nordin dan Shahairi Abd Wahab, telah ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek membaik pulih rumah nelayan pada 2014.Mereka kemudian didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu sebelum dibebaskan dengan jaminan pada 17 November 2014.Perbicaraan kes itu diteruskan dan pada 31 Julai 2017, Mahkamah Sesyen telah membebaskan mereka di akhir kes pendakwaan.Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan sebelum menggugurkannya pada 22 Februari 2019.Hampir tujuh tahun selepas ditahan, para perayu telah memfailkan saman dan menamakan Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, SPRM, Kerajaan Malaysia serta seorang pegawai agensi antirasuah itu.Antara lain, mereka menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teruk berjumlah RM1 juta bagi setiap orang serta ganti rugi teladan berjumlah RM10 juta bagi kesemua perayu.Pada 8 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak saman kesemua perayu.
Pendakwaan berniat jahat: Rayuan saman 21 kontraktor terhadap Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM ditolak

Key takeaways
Mahkamah Rayuan menolak rayuan 21 kontraktor terhadap Peguam Negara dan SPRM kerana tidak mempunyai merit.
- Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman 21 kontraktor.
- Pendakwaan berniat jahat tidak dibuktikan kerana bukti lemah dan tidak berkualiti.
- Kontraktor didakwa berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya, walaupun ada kesilapan dalam penilaian fakta.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Bekas senator menang saman fitnah terhadap Ramasamy selepas rayuan
- Sinar Harian Pendakwaan berniat jahat: Rayuan saman 21 kontraktor terhadap Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM ditolak (this story)







