Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman 21 kontraktor terhadap Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tiga lagi berhubung dakwaan penahanan salah serta pendakwaan berniat jahat.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Dr Choo Kah Sing, Datin Paduka Evrol Mariette Peters dan Datuk Nadzarin Wok Nordin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan tersebut atas alasan ia tidak mempunyai merit.
Semasa menyampaikan keputusan mahkamah, Choo berkata, aduan perayu bahawa mereka telah dipenjarakan secara paksa dari 16 November hingga 17 November 2014 dan tidak ditahan di tempat yang diwartakan bagi tujuan penahanan mengikut lunas undang-undang adalah tidak berasas.








