Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan Sekolah Agama Negeri (SAN) di tujuh daerah ditutup esok berikutan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penutupan di daerah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang dan Petaling itu berkuat kuasa sehingga diberitahu semula.

"Manakala, SAN di daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa.

"Namun, pelajar diberikan kelonggaran untuk tidak hadir ke sekolah sekiranya bimbang akan tahap kesihatan, dan hendaklah memaklumkan ketidakhadiran kepada pihak sekolah," katanya.