JASIN – Sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis di daerah ini semalam membongkarkan kegiatan pengedaran dadah membabitkan seorang jurulatih renang.Penahanan kira-kira jam 11.30 pagi itu membawa kepada operasi lanjut yang menyaksikan pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan RM6.8 juta dirampas.Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, suspek dikesan ketika anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jasin menjalankan sekatan jalan raya.Katanya, tindakan memeriksa Toyota Vios yang dinaiki lelaki itu dibuat selepas gerak-gerinya menimbulkan syak wasangka.Hasil pemeriksaan, polis menemukan ketamin seberat 3.70 gram dan MDMA (3,4-methylenedioxymethamphetamine) sebanyak 27.50 kilogram yang disimpan dalam bungkusan menyerupai paket jus minuman.Menurutnya, maklumat yang diperoleh susulan penahanan itu kemudian digunakan untuk menggerakkan operasi di Johor dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri berkenaan.Operasi berkenaan membolehkan polis mengenal pasti lokasi penyimpanan dadah serta sumber bekalan bahan terlarang itu.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini, hari ini.
Jurulatih renang ditahan, dadah RM6.8 juta dirampas

Key takeaways
Seorang jurulatih renang ditahan dalam operasi polis di Jasin, dengan RM6.8 juta dadah dirampas.
- Jurulatih renang ditahan selepas polis menemui dadah dalam kereta yang dinaikinya.
- Polis menemui 3.70 gram ketamin dan 27.50 kg MDMA dalam bungkusan jus minuman.
- Operasi lanjut di Johor membantu mengenal pasti sumber dadah terlarang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Kosmo , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Jurulatih renang ditahan, dadah RM6.8 juta dirampas
- Berita Harian Jurulatih renang ditahan, dadah RM6.8 juta dirampas
- Harian Metro Jurulatih renang ditahan, dadah RM6.8 juta dirampas
- Sinar Harian Jurulatih renang ditahan, dadah RM6.8 juta dirampas (this story)







