Jasin: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah bernilai RM6.8 juta membabitkan seorang jurulatih renang yang bergerak 'solo' di Plaza Tol Lipat Kajang, di sini, semalam.
Suspek lelaki, 27, ditahan 11.30 pagi ketika memandu dalam keadaan mencurigakan menerusi sekatan jalan raya (SJR) oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pemeriksaan ke atas kereta dipandu suspek dari Johor itu membawa kepada penemuan dadah jenis ketamin seberat 3.70 gram dan MDMA seberat 27.50 kilogram (kg) yang disorok dalam peket minuman kotak.
"Hasil siasatan lanjut membawa kepada serbuan susulan di sebuah kondominium di Crescent Bay Suites, Johor Bahru pada 4.50 pagi tadi yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan dan makmal pembungkusan.








