KUALA LUMPUR: Bzu Bzu akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kedudukan di lebih 20 negara pasaran sedia ada, termasuk Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Taiwan, menerusi pembangunan produk baharu serta peluasan capaian kepada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Elite Beauty Asia, Raphael Jiang berkata, syarikat itu akan terus memperkenalkan rangkaian produk baharu dalam beberapa bulan akan datang bagi memenuhi keperluan pengguna di pasaran yang disertainya.
Beliau berkata, selain pasaran utama di Asia, Bzu Bzu turut mempunyai kehadiran di tujuh negara Asia Barat, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Qatar, selain memasuki pasaran India baru-baru ini.










