Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Malaysia ditahan pasukan petugas Kastam (Bea Cukai) Indonesia selepas tiba di terminal ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, pagi tadi.

Memetik laporan portal Analisadaily.com, suspek berusia 39 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan kira-kira jam 8 pagi.

Suspek tiba di lapangan terbang berkenaan dengan menaiki pesawat penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur.

Menurut pegawai Kastam Kualanamu yang enggan mendedahkan identitinya, penahanan dibuat selepas pihak berkuasa mencurigai suspek ketika prosedur pemeriksaan badan dan barangan bawaan dilakukan di terminal ketibaan.