SHAH ALAM: Semua sekolah bawah pentadbiran lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor akan ditutup serta tidak beroperasi, esok, susulan situasi jerebu.
PPD terbabit ialah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Petaling Perdana dan Petaling Utama.
Kenyataan terkini Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS) bagaimanapun memaklumkan bahawa sekolah bawah pentadbiran PPD Hulu Selangor dan Sabak Bernam akan beroperasi seperti biasa.
"Namun, semua aktiviti luar bilik darjah di kedua-dua daerah berkenaan tidak dibenarkan.









%2Ffile%2F1175%2F233f93b84ba6b327158c003f6b89182f.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)