ROME: Kapten Inter Milan, Lautaro Martinez dijangka terpaksa berehat selama sebulan akibat kecederaan paha kiri, sekali gus berkemungkinan terlepas aksi menentang Milan pada 31 Oktober ini.

Kelab juara Serie A itu mengesahkan bahawa penyerang Argentina berkenaan mengalami kecederaan hamstring kiri selepas menjalani pemeriksaan klinikal dan diagnostik.

"Pemeriksaan klinikal dan diagnostik mendapati terdapat ketegangan pada hamstring kiri," menurut kenyataan Inter.

Bagaimanapun, Inter belum mengesahkan tempoh sebenar Martinez perlu diketepikan, meskipun laporan media Itali menjangkakan pemain berusia 29 tahun itu hanya dapat kembali beraksi selepas rehat antarabangsa berikutnya.