Rome: Inter Milan berdepan tamparan hebat apabila kapten pasukan, Lautaro Martinez mengalami kecederaan hamstring paha kiri yang dijangka menyebabkannya tersisih selama sebulan.

Juara Serie A itu mengesahkan penyerang Argentina berkenaan menjalani pemeriksaan klinikal dan diagnostik pada Khamis yang mengesahkan kecederaan berkenaan.

Bagaimanapun, Inter belum mengumumkan tempoh sebenar Martinez perlu berehat, namun laporan media Itali menjangkakan pemain berusia 29 tahun itu hanya akan kembali selepas rehat antarabangsa berikutnya.

Situasi itu menyaksikan Martinez berkemungkinan terlepas beberapa perlawanan penting, termasuk aksi derbi Milan menentang AC Milan pada 31 Oktober ini.