KUALA LUMPUR: Jerebu bukan sekadar menyelubungi ruang udara dan menjejaskan kualiti persekitaran, malah berpotensi mengakibatkan Malaysia kehilangan sehingga RM1 bilion nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebulan akibat pengurangan aktiviti luar dan kelemahan sentimen pengguna.

Ketua Ekonomi MARC Ratings Bhd, Prof Adjung Dr Ray Choy, berkata anggaran kerugian itu mencerminkan gangguan persekitaran boleh memberikan kesan langsung kepada kegiatan ekonomi, sekali gus menambah cabaran kepada Malaysia yang perlu memperkukuh kedudukan fiskal dan memastikan pertumbuhan negara kekal berdaya tahan dalam persekitaran global tidak menentu.

"Kesan jerebu terhadap aktiviti ekonomi perlu diberikan perhatian kerana gangguan sedemikian boleh menjejaskan pertumbuhan negara, walaupun tidak semestinya muncul dalam bentuk perbelanjaan kerajaan secara langsung.