KATHMANDU: Nepal dan Bank Antarabangsa untuk Pembinaan dan Pembangunan (IBRD), iaitu unit pemberian pinjaman Kumpulan Bank Dunia, menandatangani perjanjian untuk meneroka penerbitan bon bencana.
Inisiatif ini bertujuan menyediakan akses pantas kepada dana bagi negara tersebut sekiranya berlaku gempa bumi besar, menurut kenyataan institusi pembiayaan pembangunan global itu pada Khamis, lapor Xinhua.
"Perjanjian ini menandakan permulaan kerjasama untuk menilai bagaimana pasaran modal boleh menyokong strategi pengurusan risiko bencana yang lebih menyeluruh di Nepal," kata Bank Dunia dalam satu kenyataan.
Inisiatif itu adalah sebahagian daripada program bon bencana Kumpulan Bank Dunia, yang membantu negara-negara mengakses pasaran modal antarabangsa bagi memindahkan risiko bencana serta mendapatkan perlindungan kewangan terhadap ancaman bencana alam.









%2Ffile%2Fattachments%2F886%2Fimage46_303911.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)