Kuala Lumpur: Kesilapan taktikal menyebabkan ikon berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terkandas di suku akhir, sekali gus gagal mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia di Shanghai, hari ini.

Pengarah teknikal pasukan kebangsaan yang bakal meninggalkan tugasnya, John Beasley berkata, Azizulhasni memiliki kepantasan dan kuasa kayuhan untuk melangkah lebih jauh, namun terpaksa berpuas hati selepas menamatkan saingan di tempat keenam dalam saringan ketiga suku akhir di Velodrom Shanghai.

"Cuma kesilapan taktikal, perkara seperti itu berlaku dari semasa ke semasa. Dia melalui tahun yang hebat dan kami mahu acara keirin di Kejohanan Dunia kali ini, tetapi ia tidak menjadi.

"Sayang sekali kerana kelajuan dan kuasa kayuhan itu semuanya ada," kata Beasley.